Total Pageviews
betul betul tak percaya
Thursday, December 25, 2014
BANJIR,SUAMI ISTERI DIKHUATIRI LEMAS
BANJIR: Suami isteri dikhuatiri lemas
Oleh Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my
Chukai: Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas bot dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di Kampung Geliga Che Akob, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.
Difahamkan, mangsa Suhaimi Awang dan isterinya Norhayati Sulung, kedua-duanya berusia 37 tahun, sebelum itu menaiki bot penyelamat bersama lima yang lain untuk ke pusat pemindahan sementara yang terletak berhampiran kampung berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bot terbabit terperangkap di tengah pusaran air lalu terbalik.
"Kedua-dua mangsa yang terjatuh ke dalam air, hanyut dibawa arus deras, manakala penumpang lain iaitu tiga penduduk dan tiga penyelamat terdiri daripada anggota bomba dapat naik semula ke atas bot.
"Usaha mencari mangsa sedang dijalankan dan sehingga 6.15 petang tadi, mangsa masih belum ditemui," katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 24 Disember 2014 @ 6:44 PM
Tuesday, December 23, 2014
Monday, December 22, 2014
resepi keropok lekor cheese
salam..hari saya nak kongsi resepi keropok lekor cheese..
ikan kembung/ikan sardin 1kg
tepung ubi 3mangkuk size sederhana
garam dan perasa..
mula2 kita perisi ikan dari tulang..yg rajin boleh tumbuk guna lesung batu yg tak berapa rajin boleh guna blender..
setelah isi ikan dah dikisar sukat dalam mangkuk sukat tepung ubi tadi..
3mgkuk tepung ubi 3 mangkuk isi ikan
gaul sebati dan perasakan dgn garam
buat bulat2 dan letak cheese(cheddar) di tengah2 macam buat buah melaka..setelah dibuat bulat..bolehla dikukus separuh masak dalam 5minit..dan boleh digoreng pulak sehingga garing..
klik video dibawah antara sebahagian cara2nya..
cara buat keropok lekor cheese: http://youtu.be/qJ8ruZhlQFE
Saturday, December 20, 2014
resepi nasi lemak berwarna
bawang besar> 1 biji
bawang putih> 3 ulas
halia >2 inci }kisar hingga lumat
belacan>1 sudu besar
cabai kering> 1 mangkuk
bahan untuk nasi :
beras> 3 cawan
santan> 1 cawan
halia> 1inci
daun pandan> 2 helai
pewarna yang disukai>biru,merah,hijau
ikan bilis(digoreng)
telur(direbus)
timun(dipotong kecil)
kacang tanah(digoreng)
panaskan minyak..tumis bahan kisar sehinnga naik minyak,perasakan garam,gula,aji ikut selera anda sendiri
cuci beras toskan air dan masukkan santan,halia yang dihiris nipis,daun pandan yg disimpul,pewarna
bahagikan 3 periuk kecil ,
masak seperti biasa..
sudah masak..ambil nasi letak dalam mangkuk size kecil berselang seli warnanya..
tekupkan nasi didalam pinggan hias dengan telur,ikan bilis,timun dan kacang tanah.
SIAP DIHIDANGKAN.
Friday, December 19, 2014
Thursday, December 18, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
