Total Pageviews
betul betul tak percaya
Thursday, December 25, 2014
BANJIR,SUAMI ISTERI DIKHUATIRI LEMAS
BANJIR: Suami isteri dikhuatiri lemas
Oleh Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my
Chukai: Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas bot dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di Kampung Geliga Che Akob, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.
Difahamkan, mangsa Suhaimi Awang dan isterinya Norhayati Sulung, kedua-duanya berusia 37 tahun, sebelum itu menaiki bot penyelamat bersama lima yang lain untuk ke pusat pemindahan sementara yang terletak berhampiran kampung berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bot terbabit terperangkap di tengah pusaran air lalu terbalik.
"Kedua-dua mangsa yang terjatuh ke dalam air, hanyut dibawa arus deras, manakala penumpang lain iaitu tiga penduduk dan tiga penyelamat terdiri daripada anggota bomba dapat naik semula ke atas bot.
"Usaha mencari mangsa sedang dijalankan dan sehingga 6.15 petang tadi, mangsa masih belum ditemui," katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 24 Disember 2014 @ 6:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment